Seo Services

Emolumen Penjawat Awam Tidak Terjejas - PM


PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan pelaksanaan satu kenaikan gaji tahunan kepada 1.6 juta penjawat awam pada 1 Julai tahun ini akan diteruskan, seperti yang dijanjikan dalam Bajet 2016.

Selain itu, beliau berkata kerajaan tidak akan memberhentikan mana-mana penjawat awam, termasuk golongan lantikan secara kontrak.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan akan meneruskan langkah perbelanjaan berhemat dengan mengutamakan program dan projek yang berimpak tinggi berpaksikan falsafah ekonomi rakyat.

"Ini, tidak akan melibatkan emolumen kakitangan awam, pencen pesara dan tidak akan menjejaskan mekanisme penyampaian kerajaan," katanya pada Majlis Perutusan Khas Pengubahsuaian Bajet 2016 di sini, hari ini. - BERNAMA

Emolumen Penjawat Awam Tidak Terjejas - PM Emolumen Penjawat Awam Tidak Terjejas - PM Reviewed by uMieySurianie on January 28, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.