Seo Services

Enam Nelayan Indonesia Ditahan Langgar Perintah Berkurung


SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan enam nelayan warga Indonesia kerana melanggar perintah berkurung di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Rabu lepas.

Komander PPM Wilayah Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Madun berkata, dalam kejadian 8.40 malam itu, enam nelayan iaitu juragan dan lima awak-awak ditahan selepas pihaknya menerima maklumat daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Pos Siamil yang melihat kelibat sebuah bot mencurigakan di perairan Pulau Siamil.

"Bertindak atas maklumat ini, bot PPM yang menjalakan rondaan Op Paradise telah menahan dan melakukan pemeriksaan terhadap bot dari negara jiran berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad berkata, hasil pemeriksaan lanjut, juragan bot berusia 50 tahun itu

gagal mengemukakan dokumen permit pengecualian perintah berkurung yang

dikuatkuasakan dari pukul 7 malam hingga 5 pagi.

"Tiga daripada enam warga Indonesia ini memiliki dokumen perjalanan diri manakala tiga lagi termasuk juragan tidak mempunyai dokumen perjalanan," katanya.

Beliau berkata, polis turut merampas bot itu dan semua yang ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 31 (2) Akta Polis 1967.

- Bernama
Enam Nelayan Indonesia Ditahan Langgar Perintah Berkurung Enam Nelayan Indonesia Ditahan Langgar Perintah Berkurung Reviewed by Unknown on January 08, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.