RABAT: Maghribi melarang panggilan telefon yang dibuat menerusi sambungan internet mudah alih bertujuan meningkatkan pendapatan bagi panggilan suara dikendalikan operator telekomunikasi tempatan.
Larangan itu dibuat terhadap tiga syarikat operator mudah alih di Maghribi yang menawarkan akses internet komputer melalui pemacu USB dan modem mudah alih lain serta melalui telefon mudah alih.
Maghribi mengikut jejak negara-negara lain di rantau itu seperti Mesir dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Bantahan bermula beberapa hari lalu di media sosial selari apabila media tempatan membuat spekulasi sama ada kawalan keselamatan menjadi punca di sebalik sekatan itu.
Sementara itu, Agensi Pengawal Selia Telekomunikasi Kebangsaan (ANRT) berkata, perkhidmatan telekom seperti panggilan telefon memerlukan lesen sama ada mereka menggunakan Suara Menerusi Protokol Internet (VoIP) atau lain-lain. - REUTERS.
Maghribi Larang Panggilan Guna Internet
Reviewed by uMieySurianie
on
January 08, 2016
Rating:
No comments: