Seo Services

GST Penyelamat Ekonomi Negara


PUTRAJAYA - Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang mula dilaksanakan pada April tahun lepas, dari segi makronya merupakan penyelamat kepada kewangan dan ekonomi negara pada keseluruhannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata pelaksanaan GST telah mendapat kutipan kasar sebanyak RM37.67 bilion dengan unjuran kutipan bersih RM27.126 bilion pada Disember 2015.

Kutipan bersih GST itu dianggarkan meningkat kepada RM39 bilion pada tahun ini, katanya pada perhimpunan khas Kementerian Kewangan di sini hari ini.

"Pelaksanaan GST dari segi aspek makro menampung hasil kerajaan daripada pengurangan hasil cukai petroleum. Maka, tidaklah salah kalau saya menyatakan bahawa dari segi makro, GST merupakan penyelamat kepada keadaan kewangan dan ekonomi negara pada keseluruhan,” katanya.

Najib berkata, harga minyak juga dijangka kekal rendah pada tahun ini dengan penyusutan pendapatan kerajaan dianggarkan lebih RM30 bilion.

Beliau berkata, kalau harga minyak kekal pada paras AS$32.35 atau AS$36 setong, penyusutannya adalah lebih RM30 bilion.

"Bagi AS$1 jatuh dari paras yang sebelumnya bererti bahawa kita berkurangan RM300 juta dari segi hasil kerajaan," katanya.

"Inilah keadaan yang kita berdepan dan kalau tiada GST, maka defisit negara akan meningkat kepada 4.8 peratus dan bukan lagi 3.1 peratus pada tahun ini,” katanya.

Dengannya ada hasil tersebut, Najib berkata kerajaan dapat melaksanakan projek-projek pembangunan seperti jalan raya, hospital, sekolah, memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan sebagainya kepada rakyat.

Bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan kos sara hidup yang melampau, beliau berkata kerajaan meneruskan program BR1M yang memanfaatkan 4.7 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang dengan peruntukan RM5.9 bilion. - Bernama
GST Penyelamat Ekonomi Negara GST Penyelamat Ekonomi Negara Reviewed by Unknown on January 08, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.