Datin Sri Hajah Feona Sim Junaidi (tengah) menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran Hasmah Binti Usop. |
KUCHING: Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) akan bergerak lebih agresif pada tahun ini dalam menjalankan kerja-kerja kebajikan terutamanya dalam memberi bantuan derma, biasiswa dan derma siswa kepada sesiapa yang berkelayakan seperti sakit, miskin, susah dan ditimpa bencana.
Timbalan Pengerusi PERKIM Kuching Datin Sri Hajah Feona Sim Junaidi berkata mereka akan sentiasa peka dengan segala kesusahan yang di alami oleh golongan-golongan yang tertentu di negeri ini.
“Kami juga menjemput orang ramai di luar sana agar sentiasa menyokong seperti memberi bantuan kewangan kepada Perkim bagi menyalurkan bantuan-bantuan kepada orang miskin serta golongan-golongan yang berlayakan,” katanya awal pagi tadi.
Beliau berkata demikian semasa di temubual oleh wartawan Sarawakiana selepas Program Menyampaikan Sumbangan Perkim kepada dua mangsa kebakaran di Kampung Gobeilt baru-baru ini.
Mangsa-mangsa yang menerima sumbangan kewangan dari pihak Perkim ialah Rosni Binti Minggu, 58 dan Hasmah Binti Usop 62 tahun merupakan penduduk tetap Kampung Gobelit yang telah menetap selama lebih 20 tahun.
Perkim akan turut mengadakan ceramah agama pada Selasa depan di Islamic Information Centre dengan menjemput penceramah agama Shah Kirit Kalkulal Govindj iaitu penerima Tokoh Maal Hijrah Selangor pada tahun 2010.
PERKIM akan mempraktikkan penyebaran syiar dakwah Islamiah berdasarkan kerja-kerja kebajikan yang terbukti telah memberi manfaat kepada semua kelompok masyarakat, sekaligus dapat meningkatkan imej Islam serta menghapuskan sebarang prasangka buruk terhadap Islam. -Sarawakiana
PERKIM Akan Lebih Agresif Menjalankan Kerja Kebajikan
Reviewed by Unknown
on
January 08, 2016
Rating:
No comments: