Seo Services

Perompak Kenakan "Tol" Ke Atas Mangsa Di Jambatan Tun Salahuddin


KUCHING: Seorang pembantu kelindan lori berusia 24-tahun membuat laporan polis mendakwa dirinya telah dipaksa "membayar tol" oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali dan bersenjata berdekatan tapak bekas plaza tol Jambatan Tun Salahuddin di sini pada hari Rabu lepas.

Menurut mangsa, kejadian berlaku lebih kurang jam 4 pagi ketika beliau sedang menunggang motosikalnya seorang diri dari arah Pending menghala ke arah Petra Jaya melalui plaza tol Jambatan Tun Salahuddin.

Mangsa kemudiannya berhenti di tepi jalan lebih kurang 300 meter selepas plaza tol tersebut untuk membuang air kecil namun didatangi oleh lima orang suspek lelaki yang tiba-tiba keluar dari kawasan semak berdekatan.

Kesemua suspek memakai helmet "full face" dan salah seorang bersenjatakan pisau lipat dan mangsa kemudiannya dipaksa membayar wang sebanyak RM50 "sekiranya ingin melalui tol". Khuatir akan keselamatannya, mangsa membayar RM50 kepada kumpulan berkenaan.

Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching ACP Roslan Bek Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan mengklasifikasikan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (rompak berkawan dengan bersenjatakan pisau).

"Siasatan yang dijalankan mendapati kejadian tersebut tiada kena mengena dengan kutipan wang haram tol dan tiada lain-lain rpt diterima mengenai kutipan haram tol," kata Roslan sambil menambah, tiada tangkapan dibuat setakat ini dan pihak polis akan sentiasa membuat pemerhatian dan rondaan berkala di kawasan Plaza Tol tersebut bagi menjamin keselamatan pengguna Jalanraya.
Perompak Kenakan "Tol" Ke Atas Mangsa Di Jambatan Tun Salahuddin Perompak Kenakan "Tol" Ke Atas Mangsa Di Jambatan Tun Salahuddin Reviewed by Unknown on January 08, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.