Seo Services

Kerajaan Kelantan Bincang Dengan KAFA

Kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk mengubah suai Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu dalam masa terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Kelantan Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, perbincangan itu untuk mengetahui perincian bagi mengubah suai dan membaik pulih stadium berkenaan.

Katanya, setakat ini secara lisan Pengerusi Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob sudah bersetuju mengubah suai bahagian dalaman stadium.

"Bagaimanapun untuk keseluruhan stadium, kita masih belum mengetahui perincian perbincangan dan persetujuan antara KAFA dengan Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman baru-baru ini.

"Jadi saya akan mengadakan pertemuan dengan KAFA untuk membincangkan perincian lebih lanjut, kita nak tahu cat di bahagian mana dan siapa nak tanggung kos.

"Kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan untuk memajukan pasukan Kelantan selain menjadikan stadium sebagai mercu tanda baru Kota Bharu sempena Tahun Melawat Kelantan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran e Perakuan dan Penyampaian Hadiah Utama Kempen Sedut dan Menang 2015 di sini tadi.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Datuk Seri Vida menyediakan peruntukan lebih RM20 juta untuk pasukan Kelantan.

Beliau turut mengemukakan beberapa syarat termasuk stadium akan dicat warna merah jambu dan pasukan Kelantan ditukar kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.- Metro
Kerajaan Kelantan Bincang Dengan KAFA Kerajaan Kelantan Bincang Dengan KAFA Reviewed by Admin on January 10, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.