Seo Services

Wanita Filipina Mengaku Tidak Salah Memperdagang Kanak-Kanak

Gambar hiasan
JOHOR BAHARU, 10 Jan (Bernama) -- Seorang wanita Filipina mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini Ahad atas pertuduhan memperdagang seorang kanak-kanak perempuan berasal dari Sabah, sejak 2011 hingga 2013.

Estrellita Tabanao Padilla, 55, yang mendapat taraf penduduk tetap (PR) negara ini, dituduh bersama seorang lelaki, Jasrin Yakin, 28, memperdagang kanak-kanak 12 tahun itu (pada tahun 2011) terbabit dengan cara melakukan aktiviti buruh paksa.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Jalan Jayamas 9, Taman Jaya Mas, di sini sejak 15 Jan 2011 hingga 17 Mei 2013.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda maksimum RM500,000, jika sabit kesalahan.

Tiada jaminan ditawar terhadap tertuduh yang ditahan di Pasir Mas, Kelantan 5 Jan lepas dan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menetapkan 15 Feb ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norashikin Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -- BERNAMA
Wanita Filipina Mengaku Tidak Salah Memperdagang Kanak-Kanak Wanita Filipina Mengaku Tidak Salah Memperdagang Kanak-Kanak Reviewed by Admin on January 10, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.