MIRI : Sebuah kereta Proton Saga yang terhumban dari feri ke Sungai Liku, Kuala Baram di sini malam tadi berjaya dinaikkan sebentar tadi oleh unit penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak sebentar tadi menggunakan sebuah jengkaut.
Bagaimanapun, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Farhan Sufyan Borhan mengesahkan tiada mangsa ditemui di dalam kereta terbabit.
Justeru, operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini bertumpu kepada usaha mengesan pemandu, Jenical Igul, 21, dengan menggunakan teknik pencarian di kawasan permukaan sungai di lokasi kejadian.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam tadi, tiga bersahabat dalam perjalanan ke Pasar Miri dari Ladang Woodman, di sini sebelum kereta dinaiki terhumban dari feri ke Sungai Liku selepas pemandunya dipercayai tertekan pedal minyak.
Bagaimanapun, dua mangsa dikenali sebagai Jerunsin Ijok, 22, dan Jivean Pilau, 19, berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing sungai sebelum dibantu orang ramai.
- Berita Harian
Kereta Terhumban Dari Feri Dinaikkan, Tiada Mangsa Ditemui
Reviewed by Unknown
on
January 06, 2016
Rating:
No comments: