Pihak Penguatkuasa KPDKK sedang memeriksa CD yang sedang dijual. |
SARIKEI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak telah melancarkan operasi serbuan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 & Akta Hak Cipta 1987 berhubung kegiatan DVD cetak rompak lagu-lagu Dayak.
Tindakan ini diambil susulan berikutan pengumuman oleh YB Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing, KPDNKK, DAMA dan Perisai mengenai matlamat Sifar Cetak Rompak lagu-lagu Iban/Dayak di Sarawak pada bulan Disember tahun lepas di Dewan Undangan Negeri Sarawak.
KPDNKK telah bertindak agresif menggempur aktiviti perniagaan yang membekalkan serta menawarkan cakera optik tanpa label cakera optik lagu-lagu Iban/Dayak di Sarawak.
KPDNKK berjanji akan terus memantau dan memandang serius mengenai aktiviti haram tersebut.
Skuad Elit Penguatkuasa KPDNKK telah menyita terhadap empat premis yang menjalankan perniagaan DVD haram di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.
Berikut Adalah Senarai Barang sitaan :818 VCD dan CD (lagu iban dalam pelbagai tajuk)
✅Antara Barang sitaan :
1) VCD MTV karaoke Gordon John (Pengerindu Terpanggai)
2) VCD MTV karaoke artis Mulan Winnie Albert (Lagu terbilang)
3) VCD artis Melvin (Sulu Pegi Ninggal Ke Semaia)
4) VCD Monica Elen (Aku Bisi Nuan
5) VCD artis Lucy M (Minta Ngatur Pekara Tua)
6) VCD Lagu iban pelbagai tajuk
Kesemua kes ini akan disiasat di bawah Per 4(4) a Perintah Perihal Dagangan (LCO) 2010, Akta Perihal Dagangan 2011 dan akan mendakwanya kelak.
Sekiranya disabit, kesalahan denda maksimum sebanyak RM100 000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
KPDNKK memberi amaran kepada peniaga-peniaga yang masih berdegil dengan menjual cetak rompak CD atau VCD karya warga tempatan terutama lagu-lagu Iban akan diambil tindakan tegas.
Tindakan menjalankan kegiatan cetak rompak adalah perbuatan tidak bermoral dengan mengaut keuntungan hasil kerja orang lain.
Kegiatan ini seterusnya ini akan menyekat industri muzik tempatan dari berkembang.
Sebarang aduan boleh disalurkan kepada KPDNKK melalui:
1. email ke alamat: e-aduan@kpdnkk.gov.my
2. Talian bebas tok: 1-800-886-800
3. UTC
4. Mana-mana pejabat KPDNKK seluruh negeri Sarawak.
Sekian, Terima Kasih.Abd. Hafidz A. Rahim
Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri Sarawak
Kementerian Perdagangan Koperasi Dalam Negeri & Kepenggunaan Sarawak.
-Sarawakiana.
KPDNKK Sarawak Lancar Operasi Serbuan Di Sarikei.
Reviewed by Unknown
on
January 06, 2016
Rating:
No comments: