Seo Services

Kuasa Polis Siasat Pertemuan Nurul Izzah-Jacel: KPN


KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beliau bertanggungjawab untuk menjelaskan bahawa pertemuan antara Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan Jacel Kiram berkemungkinan boleh membawa kepada kesalahan menderhaka.

Khalid selaku defendan pertama dalam pernyataan pembelaan beliau terhadap saman fitnah difailkan Nurul Izzah pada 26 November tahun lalu, berkata perkara itu adalah dalam bidang kuasa pihak polis untuk menjalankan siasatan.

Defendan pertama itu berkata, kenyataan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 22 November tahun lalu adalah berkaitan pertemuan antara Nurul Izzah dan anak perempuan Jamalulail Kiram yang mengetuai pencerobohan di Lahad Datu Sabah pada 2013.

Katanya, sebagai ketua polis negara, beliau bertanggungjawab terhadap perkara yang membabitkan keselamatan negara.

Sementara itu Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai defendan kedua, berkata sebagai wakil rakyat beliau bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat dalam kawasan pilihan raya dan orang awam bahawa pertemuan itu boleh dianggap sebagai satu kesalahan menderhaka.

Khalid dan Ismail Sabri seterusnya berkata, jika Nurul Izzah mendakwa kenyataan mereka menjejaskan reputasinya, ia disebabkan oleh tindakannya sendiri.

Kedua-dua defendan berkata kenyataan mereka diterbitkan dalam keadaan perlindungan bersyarat dan komen yang adil serta berpatutan.

Nurul Izzah dalam writ saman dan pernyataan tuntutan, berkata berkata Khalid dan Ismail Sabri, masing-masing mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan di Bera, Pahang, 22 November tahun lalu.

Katanya, kedua-dua kenyataan fitnah itu berhubung sekeping gambar memaparkan beliau bersama Jacel Kiram iaitu anak perempuan Jamalul Kiram III yang mengetuai pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, pada tahun 2013.

Plaintif berkata, kenyataan itu bermaksud antara lain beliau seorang penderhaka dan dalang di sebalik serangan serta pencerobohan berkenaan.
Kuasa Polis Siasat Pertemuan Nurul Izzah-Jacel: KPN Kuasa Polis Siasat Pertemuan Nurul Izzah-Jacel: KPN Reviewed by Unknown on January 08, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.