Seo Services

Lelaki Ini Miliki 1,497 Kad Kredit


California: Seorang lelaki memegang rekod baru Guinness sebagai pemegang kad kredit paling banyak di dunia apabila memiliki 1,497 kad.

Walter Cavanagh berkata, dia mula mengumpulkan kad kredit selepas dicabar rakannya.

Buku kadnya seberat 17 kilogram mampu mengisi 800 kad.

Cavanagh bagaimanapun tidak membawa semua kad kredit itu bersamanya. Sebaliknya, dia menyimpan kebanyakan kadnya di dalam peti deposit keselamatan, lapor ABC News.

Rekod Dunia Guinness menggelarnya ‘Mr Plastic Fantastic’ dan dia memegang rekod itu sejak 1971.

‘Hobi’ Cavanagh bermula pada 1960-an selepas dicabar rakannya apabila mereka bersetuju siapa yang mempunyai jumlah kad kredit paling banyak pada \
hujung tahun akan mendapat makan malam percuma.

“Ketika itu saya baru selesai tugasan sebagai anggota Pasukan Khidmat Bakti dan menjelang hujung tahun itu saya sudah mempunyai 143 kad. Rakan saya cuma mendapat 138. Kami berdua ketika itu bekerja sebagai ahli farmasi,” katanya.

Cavanagh memiliki jumlah kredit keseluruhan sekitar £1.1 juta (RM7 juta) dan rekodnya bersih kerana menggunakan satu kad yang dibayar penuh setiap bulan.

Katanya, dia cuma pernah sekali seumur hidupnya ditolak permohonan kad kredit pada 1970-an atas alasan memiliki ‘terlalu banyak kredit.’ - Agensi
Lelaki Ini Miliki 1,497 Kad Kredit Lelaki Ini Miliki 1,497 Kad Kredit Reviewed by uMieySurianie on January 06, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.