Seo Services

Peluru Meriam Lama Dijumpai Di Kampung Rampangi



KUCHING: Seorang lelaki yang asyik membersihkan kawasan sekitar panik bila menemui satu objek yang merupakan peluru meriam lama di Kampung Rampangi, Jalan Santubong disini petang kelmarin.

Penemuan tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad selepas pemeriksaan dilakukan oleh Unit Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak sejurus menerima laporan sekitar jam 4.55 petang hari yang sama.

Sepasukan anggota dari Unit Bom IPK Sarawak yang diketuai oleh Inspektor Mohd Rizwan Mohd Azmi bersama dua lagi anggota bergerak menuju ke lokasi sejurus laporan diterima.

“Setelah pemeriksaan dibuat, disahkan bahawa objek keras berbentuk bulat bersaiz kira-kira tiga hingga empat inci diameter yang dijumpai adalah sebuah peluru meriam lama.

“Hasil penilaian oleh Inspektor Mohd Rizwan Mohd Azmi, mereka mengambil keputusan untuk meletupkannya atas faktor keselamatan,” jelas Roslan.

Walaubagaimanapun, operasi meletupkan peluru berkenaan tidak dapat dilakukan pada hari yang sama ekoran cuaca semakin gelap.

“Bagi tujuan keselamatan, anggota Balai Polis Santubong ditempatkan di lokasi tersebut sehingga tindakan susulan diambil oleh Unit Bom,”tambah Roslan lagi.

Sehubungan itu pihak dari unit Bom IPK Sarawak memutuskan untuk meletupkan peluru lama tersebut.

Beberapa anggota dari balai Polis Santubong ditempatkan di lokasi berkenaan sehingga diambil alih oleh pihak Unit Bom IPK Sarawak bagi tujuan meletupkan bom berkenaan.

KUCHING: Penduduk Kampung Rampangi, Santubong dekat sini digemparkan dengan penemuan peluru meriam lama, kelmarin.

Penemuan tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad selepas pemeriksaan dilakukan oleh Unit Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak sejurus menerima laporan sekitar jam 4.55 petang.

Justeru, beliau memberitahu, keputusan untuk meletupkan peluru meriam lama tersebut terpaksa diambil atas faktor keselamatan.

“Peluru tersebut ditemui oleh penduduk kampung yang ketika itu sedang melakukan kerja-kerja pembersihan.

“Setelah pemeriksaan dibuat, disahkan bahawa objek keras berbentuk bulat bersaiz kira-kira tiga hingga empat inci diameter yang dijumpai adalah sebuah peluru meriam lama.

“Hasil penilaian oleh Inspektor Mohd Rizwan Mohd Azmi (pegawai bertugas), mereka mengambil keputusan untuk meletupkannya atas faktor keselamatan,” jelas Roslan.

Bagaimanapun, operasi meletupkan peluru berkenaan tidak dapat dilakukan pada hari yang sama ekoran cuaca gelap.

“Bagi tujuan keselamatan, anggota Balai Polis Santubong ditempatkan di lokasi tersebut sehingga tindakan susulan diambil oleh Unit Bom,” kata Roslan.

Operasi meletupkan peluru meriam lama berjaya dilakukan oleh Unit Bom IPK Sarawak sekitar jam 8 pagi semalam.




-Sarawakiana
Peluru Meriam Lama Dijumpai Di Kampung Rampangi Peluru Meriam Lama Dijumpai Di Kampung Rampangi Reviewed by Unknown on January 06, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.