ALOR SETAR – Seorang lelaki warga Nepal maut selepas tersepit dalam mesin digunakan untuk memproses baja najis ayam di sebuah kilang di Kampung Baloh Paya Mat Insun, Pendang semalam.
Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak, Mohd Fisol Osman berkata pihaknya menerima panggilan daripada polis pada 12.48 tengah hari yang memaklumkan mengenai kejadian itu.
Mangsa yang dikenali sebagai Chapagai Bikash dan berusia 30-an, maut akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan, katanya kepada Bernama.
Beliau berkata pihaknya mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam mesin tersebut.
“Mayat mangsa diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat,” katanya. – BERNAMA
Lelaki Nepal Maut Tersepit Mesin Memproses Baja Najis Ayam
Reviewed by Unknown
on
January 10, 2016
Rating:
No comments: