PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan penunjuk perasaan yang menyerang konsulat Arab Saudi di Mashad dan kedutaan Arab Saudi di Teheran, Iran baru-baru ini selain bimbang dengan perkembangan di Asia Barat.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan hari ini meminta pihak berkuasa Iran mengambil segala langkah sewajarnya untuk melindungi premis kedutaan asing di negara terbabit.
“Langkah itu selaras dengan peruntukan Konvensyen Vienna 1961 mengenai Hubungan Diplomatik dan termasuk tindakan undang-undang yang perlu terhadap mereka yang melakukan serangan,” katanya menerusi kenyataan itu di sini. - UTUSAN ONLINE
Malaysia Kutuk Serangan Konsulat Kedutaan Arab Saudi
Reviewed by Unknown
on
January 05, 2016
Rating:
No comments: