KUCHING: Satu mayat lelaki sudah reput ditemui di tebing sungai kecil Loba Kara dekat Samariang hari ini.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching satu, Superitenden Ernest John, mayat yang ditemui masih berkepala dan putus kaki sebelah kiri itu dpercayai telah mati dalam lingkungan empat ke lima hari.
Ernest percaya anggota badan mayat tersebut telah putus berkemungkinan telah dibaham binatang buas seperti buaya.
Pihak polis juga percaya mayat berkenaan mungkin telah dihanyutkan dari sungai berdekatan.
Mayat itu ditemui oleh tiga orang pemancing pada pukul 3.30 petang yang terhidu bau busuk dan membuat laporan di balai polis Gita.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga proses autopsi dijalankan dan sehingga berita ini ditulis, identiti mangsa belum lagi dikenalpasti. -SN/Sarawakiana
Mayat Ditemui Di Samariang
Reviewed by Admin
on
January 06, 2016
Rating:
No comments: