Seo Services

Pembunuhan Lelaki Gelandangan Berpunca Pergaduhan Selepas Sesi Minum - Polis


SIBU: Pembunuhan seorang lelaki gelandangan yang mayatnya dijumpai di belakang bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri di sini semalam berpunca daripada pergaduhan selepas sesi minum.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dev Kumar M.M Sree Shunmugam berkata mangsa terlibat dalam pertengkaran dengan seorang daripada empat suspek, menyebabkan dia pukul dengan kayu di kepala dan mati di tempat kejadian akibat kecederaan.

"Kes pembunuhan pertama dilaporkan di Sarawak untuk tahun ini telah diselesaikan dalam tempoh empat jam selepas mayat mangsa ditemukan," kata beliau dalam satu kenyataan di sini.

Seorang pengawal keselamatan menghubungi polis Sibu selepas menemui mayat seorang lelaki pada 7.55 pagi dan bertindak atas maklumat kira-kira 11.50 pagi, sepasukan polis diketuai ASP Tega Bilong menahan seorang lelaki berusia 33 tahun di sebuah pondok di Jalan Temple.

Kira-kira 3 petang, pasukan yang sama menahan dua lelaki berusia 52 dan 32 tahun, dan seorang wanita berusia 35 tahun di terminal Bot Ekspres di Jalan Chew Geok Ling ketika cuba menaiki bot ekspres untuk meninggalkan Sibu.

Dev Kumar berkata siasatan menunjukkan bahawa kesemua suspek yang juga gelandangan sering minum bersama-sama mangsa.

Polis telah menjumpai senjata yang digunakan dalam pembunuhan itu di dalam sebuah longkang tidak jauh dari tempat kejadian.

Kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan.

Beliau berkata mangsa yang memakai seluar berwarna gelap dikenal pasti berusia 53 tahun dan berasal dari Pakan, Julau.

-- BERNAMA
Pembunuhan Lelaki Gelandangan Berpunca Pergaduhan Selepas Sesi Minum - Polis Pembunuhan Lelaki Gelandangan Berpunca Pergaduhan Selepas Sesi Minum - Polis Reviewed by Unknown on January 06, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.