SEMPORNA: Feri membawa 158 penumpang dan kru yang berlanggar dengan sebuah tongkang di perairan Labuan Haji malam tadi, ditunda ke Pelabuhan Semporna, lewat malam tadi.
Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Peter Anak Ambuas, berkata polis juga mewujudkan sebuah pusat gerakan berhampiran jeti terbabit untuk memantau sebarang situasi.
"Feri terbabit tidak tenggelam dan ditunda ke Pelabuhan Semporna sebaik selesai operasi menyelamat semua penumpang malam tadi.
"Penumpang yang cedera masih ditempatkan di Jabatan Pesakit Luar Hospital Semporna dan dijangka dibenarkan pulang tengah hari ini," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.
Dalam kejadian jam 8.50 malam tadi, tindakan pantas pelbagai agensi keselamatan dan penyelamat negara berjaya menyelamatkan 158 penumpang dan kru selepas feri berkenaan berlanggar dengan sebuah tongkang.
Feri penumpang terbabit dalam perjalanan dari Tawi-Tawi di Selatan Filipina ke Semporna sebelum berlanggar di perairan Labuan Haji, kira-kira 500 meter dari jeti Semporna. - BH
Feri Karam Ditunda Ke Semporna - Polis
Reviewed by uMieySurianie
on
January 07, 2016
Rating:
No comments: