Sikap terbuka dan kesederhanaan Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang merupakan Ketua Menteri Sarawak amat disenangi oleh seluruh penduduk di negeri Sarawak.
Memetik laporan TheBorneoPost, Menteri Muda Pelancongan, Datuk Talip Zulpilip yang juga merupakan Naib Presiden PBB berkata, cara kepimpinan Adenan mungkin akan meningkatkan lagi sokongan rakyat kepada Barisan Naional (BN) pada pilihan raya akan datang.
“Sokongan terhadap Adenan semakin kuat dan peningkatan ini datang daripada pelbagai sumber seperti dasar kepimpinan beliau, keputusan dan tindakan yang diambil sepanjang perkhidmatannya,” jelas Talib,
“Sebagai salah satu contoh yang ketara adalah pembalakan haram. Meskipun ramai yang tidak berpuas hati namun beliau tetap memutuskan untuk menghentikan kegiatan haram ini disusuli dengan tindakan penguatkuasaan yang lebih besar,’
Selain itu, keputusan Adenan untuk memansuhkan tol di Sarawak juga telah memberi manfaat kepada seluruh rakyat di negeri Sarawak.
“Sememangnya, ini akan meningkatkan lagi rasa hormat dan kepercayaan kepada beliau,”
“Tambahan pula, beliau seorang yang berjiwa rakyat. Mungkin ada yang memanggilnya seorang yang popular tetapi sebenarnya keperibadian terbuka beliau yang mendekatkan dirinya kepada penduduk Bandar mahupun luar Bandar,"
“Secara jujurnya, saya percaya peningkatan undi akan bertambah terhadap kerajaan dan beliau (Adenan) layak mendapat mandat untuk menerajui pentadbiran kerajaan negeri ini bagi tempoh lima tahun lagi,"
Terdahulu, dalam pilihan raya negeri 2011, BN telah memenangi 55 daripada 71 kerusi.
Parti PBB memenangi kesemua 35 kerusi yang ditandingi, manakala SUPP meraih enam daripada 19 kerusi, PRS lapan daripada Sembilan dan SPDP enam daripada lapan. - Sarawakiana
Sokongan Terhadap Kepimpinan Adenan Meningkat - Talib
Reviewed by Unknown
on
January 07, 2016
Rating:
No comments: