“Tanah-tanah milik kerajaan negeri tidak mencukupi dan nilai tanah di Seberang Perai tidak seberapa tinggi jika dibandingkan di bahagian pulau. Jadi, cadangan untuk menggantikan aktiviti tambakan laut dengan jual tanah milik kerajaan negeri ini tidak boleh diguna pakai”.
Itu kata Pengerusi Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang menegaskan bahawa kerajaan DAP negeri akan meneruskan aktiviti tambakan laut bagi membiayai kos projek-projek di bawah Pelan Induk Pengangkutan (PIP) negeri yang berjumlah RM28 bilion.
Menurutnya, aktiviti tambakan laut itu tetap akan dilaksanakan mengikut fasa sekalipun menerima pelbagai bantahan dan cadangan.
Keutamaan kerajaan negeri katanya, ialah membina sistem Transit Aliran Ringan (LRT) melibatkan laluan Bayan Lepas ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dalam pakej pelan berkenaan dan Lebuhraya Pan Island.
“Setakat ini, kedua-dua projek itu di tahap permohonan kelulusan dan kajian perancangan awal dijangka siap pertengahan tahun ini,” katanya.-BNBBC News
Tambak Laut Tetap Diteruskan Untuk Biaya Kos Projek PIP Pulau Pinang
Reviewed by Admin
on
January 07, 2016
Rating:
No comments: