Seo Services

TBS Salur Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran

RINGAN BEBAN: Samdan (dua kiri) menyerahkan bantuan kepada salah seorang mangsa kebakaransambil disaksikan Dr. Abdul Rahman (tengah).

KUCHING: Kesedihan dialami Aziz Kipli, 57, sekeluarga setelah kediaman mereka musnah dalam kebakaran awal pagi Rabu lalu sedikit terubat dengan sumbangan yang disampaikan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS).

Bantuan berupa barangan makanan dan kewangan itu disampaikan Ketua Unit Proses Siasatan, Samdan Ahmad di kediaman keluarga berkenaan di Kampung Bintawa Hilir di sini.

Selain Aziz, lapan lagi keluarga turut menerima bantuan sama daripada TBS.

Anak kepada Aziz, Mardiana, 33, berkata, mereka sekeluarga amat bersyukur dengan sumbangan TBS yang sedikit sebanyak membantu meringankan bebanan mereka sekeluarga.

"Alhamdulillah, kami amat bersyukur dengan bantuan yang disampaikan. Bantuan seperti ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan kami sekeluarga," katanya.

Dalam insiden yang berlaku sekitar 1.40 pagi Rabu lalu, seramai 17 orang hilang tempat berteduh selepas dua buah rumah yang mereka diami musnah dalam kebakaran di Kampung Bintawa Hilir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi turut hadir pada majlis penyerahan bantuan tersebut.

Pada masa sama, TBS turut menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Pulo Hilir.
TBS Salur Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran  TBS Salur Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran Reviewed by uMieySurianie on January 28, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.