Seo Services

Anak Kucing Ada Dua Muka



Kuala Terengganu: Seekor kucing jantan milik seorang wanita di Kampung Seberang Takir, Kuala Nerus, dilahirkan dengan dua muka, Sabtu lalu.

Pemiliknya, Siti Ruszaihaa Mamat, 28, berkata dia hanya menyedari kucing betina dibelanya setahun lalu, beranak kira-kira 11 malam selepas pulang dari kerja.

Menurutnya, apabila diperiksa anak kucing itu, dia terkejut mendapat ia mempunyai dua muka.
Katanya, pada mulanya dia menyangka anak kucing berkenaan mati kerana tidak bergerak.

"Saya hampir menanamnya sebelum anak kucing itu mengiau," katanya yang sudah membawa anak kucing berkenaan ke Klinik Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah di Bukit Kecil untuk pemeriksaan.-Harian Metro
Anak Kucing Ada Dua Muka Anak Kucing Ada Dua Muka Reviewed by Unknown on February 22, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.