Seo Services

Cukai Pintu Diturunkan Hujung Mac Ini


Selepas memansuhkan cukai tanah baru-baru ini kerajaan negeri sekali lagi akan mengambil satu inisiatif untuk mengurangkan beban rakyat dengan menurunkan cukai taksiran atau cukai pintu bermula penghujung bulan Mac ini.

Perkara tersebut telah diumumkan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem semalam pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran TERAS Marudi di Beluru.

Adenan berkata, langkah tersebut merupakan satu lagi usaha kerajaan untuk membantu mengurangkan beban kewangan rakyat negeri ini berikutan kenaikan harga barangan, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan sebagainya.

Ternyata prinsip dan tindakan Adenan selama ini selain memansuhkan tol, menurunkan kadar tambang feri kepada RM1, menurunkan tarif elektrik membuktikan usaha beliau untuk mengurangkan beban rakyat bukanlah sekadar ‘janji kosong’.

Malah, rakyat menyambut baik segala keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri dibawah kepimpinan beliau.-Sarawakiana
Cukai Pintu Diturunkan Hujung Mac Ini Cukai Pintu Diturunkan Hujung Mac Ini Reviewed by Unknown on March 23, 2016 Rating: 5

1 comment:

  1. Difahamkan bahawa para pengguna elektrik yang nilai bulanan bil elektrik mereka RM20.00 ke bawah, tidak perlu membayarnya.Dicadangkan agar semua pengguna domestik dikenakan potongan jumlah yang sama agar semua pengguna menikmati kemudahan yang sama agar adil untuk semua. Tidak mengambil kira jumlah yang kena dibayar, potongan RM20 tetap diberi,sama rata sama rasa, terima kasih

    ReplyDelete

ads 728x90 B
Powered by Blogger.