Seo Services

Douglas Kembali ke Sarawak, Jabu Undur Diri

BETONG: Menteri Perusahan Perladangan dan Komoditi Datuk Amar Douglas Uggah Embas akan kembali ke Sarawak dan akan bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.37 Bukit Saban menggantikan penyandangnya Robert Lawson Chuat yang direhatkan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem membuat pengumuman itu ketika berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Perpaduan Debak, Betong di sini sebentar tadi.

Pengumuman tersebut sekaligus menjawab spekulasi yang mengatakan Douglas akan diangkat sebagai Timbalan Ketua Menteri Sarawak sekiranya Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu mengundur diri.

Douglas yang juga Naib Presiden Kanan parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dilihat sebagai calon paling layak untuk menggantikan Tan Sri Jabu sebagai Timbalan Ketua Menteri.

Douglas merupakan Ahli Parlimen Betong selama 7 penggal, sejak tahun 1986.

Pada majlis itu juga, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu mengumumkan akan mengundur diri dari politik untuk memberi laluan kepada generasi muda

Susulan itu Ketua Menteri memberitahu, Tan Sri Jabu yang juga ADUN N36 Layar akan mengumumkan sendiri calon penggantinya di kerusi itu.

"Memandangkan Tan Sri Jabu sudah 40 tahun berkhidmat, kita memberi penghormatan kepada beliau untuk memilih penggantinya,” katanya. – Sarawakiana
Douglas Kembali ke Sarawak, Jabu Undur Diri Douglas Kembali ke Sarawak, Jabu Undur Diri Reviewed by Admin on March 21, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.