KUCHING: Pihak Ferry’s Empire berkemungkinan akan menuntut balik semua hak dan mengambil tindakan undang-undang sekiranya pihak Fadz Industries gagal memenuhi tuntutan tersebut.
Sehubungan itu pihak pengurusan Ferry’s Empire Sdn Bhd tampil menjelaskan kedudukan syarikat mereka yang turut terpalit dalam isu pembatalan acara berbasikal Tour Of Sarawak 2016 (TOS2016), dalam sidang media di sini hari ini.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Ferry’s Empire Sdn Bhd Faizal Mahmood, syarikatnya telah menaja kos keseluruhan dalam kejohanan TOS2016 tersebut adalah sebanyak RM 500,000.
“Tindakan akan diambil sepertimana yang telah termaktub fasa 4.12 perjanjian persefahaman diantara Fadz Industries dan Ferry’s Empire dalam surat lantikan yang bertarikh 1 September 2015 yang mana pihaknya akan menjalankan kerjasama sepanjang kejohanan tersebut.
“Namun begitu, pihak kami ingin memaklumkan bahawa apa jua tuntutan daripada pelbagai pihak pasukan berbasikal adalah tiada kaitan langsung dengan pihak kami,” katanya.
Faizal menambah pihaknya sentiasa komited dalam mengeluarkan kos yang tinggi dalam memastikan kejohanan ini berlangsung. - Sarawakiana
Fadz Industries Bakal Berdepan Tindakan Undang-Undang
Reviewed by Unknown
on
March 18, 2016
Rating:
Reviewed by Unknown
on
March 18, 2016
Rating:

No comments: