Seo Services

Kerajaan Negeri Mempunyai Hak Mutlak Untuk Menghalang Mana-mana Individu


Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata Halangan terhadap Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu atau Mat Sabu daripada memasuki Sarawak adalah hak mutlak kerajaan negeri.

Katanya, KDN tidak perlu dimaklumkan mengenai tindakan menghalang mana-mana individu memasuki Sarawak kerana ia merupakan hak Jabatan Imigresen negeri.

Bercakap kepada pemberita, Jazlan menjelaskan KDN hanya bertanggungjawab kepada Akta Imigresen 1959/63 di Semenanjung manakala Akta Imigresen di Sabah dan Sarawak ia adalah di bawah kuasa kerajaan negeri itu sendiri dalam membuat keputusan atas apa-apa alasan. Undang-undang itu mutlak.

Terdahulu, Mat Sabu tiba di Lapangan Terbang Sibu kira-kira pukul 10.40 pagi tadi dan ditahan ketika melalui pemeriksaan Imigresen dengan hanya dimaklumkan ia atas arahan Pejabat Ketua Menteri.

Pada masa yang sama, Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mendakwa tiada sebarang alasan diberikan oleh pihak Imigresen untuk menahan Mat Sabu memasuki Sarawak.

Mujahid berkata, Mat Sabu diarahkan pulang ke Semenanjung dengan penerbangan pertama dari Sarawak.

Mengulas lanjut, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata Sabah dan Sarawak mempunyai autonomi tertentu termasuk kuasa Jabatan Imigresen dan mereka berhak berbuat demikian atas alasan-alasan tertentu.

Menurut Salleh, berkemungkinan kerajaan Sarawak mempunyai alasan yang tertentu untuk menghalang mana-mana individu dan keputusan tersebut haruslah dihormati. - Sarawakiana
Kerajaan Negeri Mempunyai Hak Mutlak Untuk Menghalang Mana-mana Individu Kerajaan Negeri Mempunyai Hak Mutlak Untuk Menghalang Mana-mana Individu Reviewed by Unknown on March 22, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.