Seo Services

Lelaki Maut Pacuan Empat Roda Terbalik Di Miri


MIRI: Seorang lelaki maut setelah terlibat dalam satu kemalangan kendiri apabila kenderaan pacuan empat roda terbalik dan terbabas berdekatan Sekolah Kebangsaan Kelapa Sawit No 2 Niah, di Miri malam tadi.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 9 malam tadi, kereta mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di tepi jalan dan terbalik.

Mangsa yang maut dikenalpasti sebagai Sarai Sibat, 52 dari Bandar Baru Permyjaya disini.

Menurut jurucakap bomba, sejurus menerima laporan kecemasan pada jam 9.12 malam, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri dikerahkan ke lokasi.

Usaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan terbabit selesai 30 minit kemudian setelah tiba di lokasi pada jam 9.58malam kerana jarak diantara BBP dan lokasi adalah 53kilometer.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.-Sarawakiana
Lelaki Maut Pacuan Empat Roda Terbalik Di Miri Lelaki Maut Pacuan Empat Roda Terbalik Di Miri Reviewed by Unknown on March 22, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.