Seo Services

Najib Bawa Perubahan Yang Banyak Pada Sarawak


MIRI: Lebih RM3 bilion peruntukan sudah disalurkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, melalui 50 siri lawatannya ke Sarawak sepanjang enam tahun lalu.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, berkata ia membuktikan komitmen Perdana Menteri dalam usaha memajukan negeri itu.

Beliau berkata, dengan peruntukan sebesar itu dan komitmen ditunjukkan Najib, sudah sewajarnya kepemimpinan beliau disokong sepenuhnya untuk terus menerajui pentadbiran negara.

"Itu belum lagi kita ambil kira komitmen beliau merealisasikan impian rakyat negeri ini untuk memiliki sistem lebuh raya moden melalui pembinaan Lebuhraya Pan Borneo bernilai RM16 bilion. 

"Ada orang Cina dari parti DAP di Sibu dan Sarikei tanya mengapa saya bersama dengan beliau (Najib) walaupun dihantui isu 1MDB?

"Saya ingin jelaskan, beliau banyak membantu negeri ini kalau dibandingkan dengan Perdana Menteri sebelumnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Padang Majlis Daerah Beluru, di sini, sebentar tadi. Lebih 10,000 penduduk dari sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Marudi turut menyambut kehadiran Adenan pada majlis berkenaan.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, Datuk Sylvester Entri Muran, yang juga Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air) Sarawak.

Terdahulu, Adenan berkata, penurunan cukai pintu di Sarawak dijangka bermula hujung bulan ini, dengan kadar baharu itu akan diumumkan selepas mesyuarat anggota Kabinet negeri.

"Memang sukar untuk kita menghapuskan terus cukai itu (cukai pintu), namun kita masih boleh mengurangkannya pada kadar yang lebih munasabah dan tidak membebankan," katanya.

Pada majlis yang sama, Adenan dalam nada berseloroh menyatakan tiada sebarang calon Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) akan diumumkannya hari ini.

Malah, beliau memberitahu nama calon yang bakal mewakili BN hanya akan diumumkannya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Marudi, esok. - BH
Najib Bawa Perubahan Yang Banyak Pada Sarawak Najib Bawa Perubahan Yang Banyak Pada Sarawak Reviewed by Unknown on March 22, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.