Semalam kecoh dilaman sosial mengenai penerbangan MAS dari Malaysia ke Perancis MH020 dikatakan telah terhempas.
Pesawat tersebut membawa seramai 350 orang termasuk 16 anak kapal dikatakan terhempas di Leon , Paris dan kesemua mangsa disahkan maut seperti yang diviralkan di Facebook dan Whatapps semalam.
Namun begitu, memetik laporan Bernama hari ini (Selasa) pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA) hari ini telah menafikan khabar angin yang tersebar dalam laman sosial tersebut.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata MAS tidak lagi menawarkan perkhidmatan ke Paris selepas memberhentikan Penerbangan MH020 ke ibu negara Perancis itu pada 20 Jan tahun ini, lapor Bernama.-Sarawakiana
Penerbangan MH020 Terhempas Hanya Khabar Angin
Reviewed by Unknown
on
March 23, 2016
Rating:
Reviewed by Unknown
on
March 23, 2016
Rating:

No comments: