Seo Services

Peserta Kesal Pembatalan Tour Of Sarawak 2016

Safri Mohammed dari Corbusier Sarawak
KUCHING: Peserta melahirkan rasa kesal kerana pembatalan prrogram Tour of Sarawak(TOS) 2016 yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 16 hingga 20 Mac ini.

Ini adalah kerana penyertaan peserta dari dalam dan luar negara amnya yang telah tiba di lokasi permulaan iaitu di Miri seawal 14 Mac lalu namun hampa dan terkandas di Sarawak ekoran pembatalan TOS 2016 disaat-saat akhir oleh penganjur.

Menurut salah seorang presiden persatuan berbasikal tempatan yang berasal dari Sarawak, Safri Mohammed menyatakan rasa kecewa kerana pembatalan kejohanan ini

Kerana kos yang ditanggung sejak mula sehingga kos perjalanan kejohanan ini hanya sia-sia.

Sepanjang penglibatan dalam menyertai kejohanan berbasikal,  namun ini merupakan pertama kali pertama kejohanan dibatalkan di saat akhir oleh penganjur.

Ric Rodriguez dari 7 eleven SAVA RBP

Sementara itu wakil dari 7 eleven SAVA RBP (Road Bike Philippines) Ric Rodriguez turut melahirkan rasa kesal dan kecewa kerana pihak penganjur tidak memaklumkan mengenai pembatalan kejohanan lebih awal dari masa sebelum kedatangan mereka ke Sarawak.

Beliau memberitahu kepada pemberita bahawa Sarawak merupakan tempat yang begitu menarik sekali dan berharap pihak Kementerian Belia dan Sukan serta pihak Kerajaan Negeri supaya membuat satu lagi kejohanan berbasikal sepertimana Le Tour de Langkawi dan melupakan apa yang berlaku sebelum ini.

Sehubungan itu, satu Mini Race akan diadakan di FAC Matang pada Ahad ini menampilkan pengayuh-pengayuh basikal professional dari beberapa buah negara akan beraksi . - Sarawakiana

Peserta Kesal Pembatalan Tour Of Sarawak 2016 Peserta Kesal Pembatalan Tour Of Sarawak 2016 Reviewed by Unknown on March 19, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.