Malah, PKR menerusi Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil memberitahu, pengharaman ini adalah langkah terdesak kerajaan negeri dibawah pentadbiran Tan Sri Haji Adenan Satem dalam menghalang suara Pakatan Harapan lebih mengukuh di negeri Sarawak.
Beliau juga, dalam kenyataan yang sama mendesak supaya kerajaan negeri Sarawak menarik balik larangan seumpama itu yang menyekat kemasukan warga Semenanjung yang telah disenarai hitamkan dari memasuki Sarawak. Tambahan pula, menurutnya, pasti ramai pemimpin Pakatan Harapan ingin memasuki Sarawak untuk berkempen sempena Pilihan Raya negeri ini nanti.
Sebelum "pengusiran" Mat Sabu ini, ramai dikalangan pemimpin Pakatan Harapan telah disekat daripada memasuki Sarawak. Antaranya, Tony Pua, Tian Chua, Nurul Izzah Anwar, Zuraida dan lain-lain lagi.
Sesuatu yang harus difahami, Sarawak dan Sabah adalah dua buah negeri yang menguatkuasakan undang-undang imegresen yang agak berlainan berbanding Semenanjung. Kerajaan negeri berhak menghalang kemasukan individu ke Sarawak jika dirasakan mungkin akan menghalang atau boleh mengganggu gugat keamanan negeri berkenaan.
Sebelum ini, Mat Sabu diarah untuk pulang semula ke Semenanjung sebaik sahaja beliau tiba di Lapangan Terbang Sibu pagi tadi. Pengharaman ini dipercayai ada kaitan dengan langkah kerajaan negeri untuk menyekat individu yang mungkin boleh mengganggu keamanan di negeri Sarawak.
Untuk itu, semua pihak harus menghormati Perkara 18 Perjanjian Penyertaan Sarawak kedalam Persekutuan Malaysia. Semua pihak harus faham bahawa adalah hak kerajaan negeri untuk menghalang kemasukan individu berkenaan dan bukannya diakibatkan pengaruh politik dan sebagainya.
Baik PKR, DAP, PAN mahupun BN pusat, jika kerajaan negeri merasakan akan kemungkinan ancaman menggugat kestabilan negeri, tidak mustahil individu berkenaan akan dihalang dari memasuki negeri ini, tidak kira apa jua alasan yang hendak diberi. Ini sudah termaktub didalam undang-undang dan semua pihak digesa untuk menghormati keputusan ini.
Tiada Yang Pelik Pengharaman Mat Sabu Dari Memasuki Sarawak
Reviewed by JMK
on
March 22, 2016
Rating:
Reviewed by JMK
on
March 22, 2016
Rating:

No comments: