Seo Services

#PRNSarawak : Ding Akan Bekerja Keras Untuk Maradong



MERADONG : DUN Maradong pada pilihanraya kali ini menyaksikan pertembungan 1 lawan 1 diantara SUPP dan DAP.

Calon Barisan Nasional Ding Kuong Hing menyatakan bahawa beliau berpuas hati dengan proses penamaan calon kali ini.

Menurut Ding, beliau akan berkempen dengan lebih gigih untuk memenangkan Barisan Nasional ka;i ini di Maradong.

"Saya harap pengundi Maradong bijak memilih calon yang akan bekerja untuk mereka dan terus berkhidmat untuk menyelesaikan sebaik mungkin masalah rakyat," ujarnya.

" Saya juga akan berusaha lebih gigih untuk menunaikan apa yang rakyat Maradong inginkan selama ini," jelasnya

Menurut Ding lagi, beliau akan memberi lebih komitmen untuk rakyat pada kali ini agar segala yang ketinggalan di Maradong akan di adakan serta menggalas tugas yang diamanahkan oleh Ketua Menteri Sarawak.

Ding ditemui Sarawakiana di Pusat Penamaan Calon di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Maradong pagi tadi.-Sarawakiana
#PRNSarawak : Ding Akan Bekerja Keras Untuk Maradong #PRNSarawak : Ding Akan Bekerja Keras Untuk Maradong Reviewed by Unknown on April 25, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.