Seo Services

#PRNSARAWAK : Isu Perkauman Dan Agama Tiada Tempat Dalam Politik Sarawak


SIBU : Dari dahulu sehingga kini, politik Sarawak tidak akan membawa isu perkauman dan agama dalam politik di Sarawak dan Sarawak hanya menggunakan pendekatan politik pembangunan yang telah lama di amalkan.

Calon Nangka Dr Annuar Rapaee menjelaskan bahawa isu kenyataan beliau diputar belit oleh wartawan Malaysiakini adalah perkara yang sengaja hendak menimbulkan perkauman dan agama di negeri ini.

"Saya telah menjelaskan sebenar intipati ucapan saya apabila saya ditanya oleh wartawan tersebut," ujarnya.

"Malah beliau bersetuju dengan penerangan saya yang cukup jelas, dan saya pun tidak tahu kenapa beliau masih meulis perkara yang tidak benar," katanya.

Menurut Annuar, isu berkenaan perkauman tidak pernah wujud di Sarawak selama ni dan lebih 27 etnik di Sarawak hidup aman damai tanpai menyentuh perkara yang sensitif.

"Sayalah orang yang pertama membawa setiap rumah ibadat dan pengamal agama lain untuk beraya di masjid," jelasnya.

"Semalam dalam satu majlis kesyukurun di Masjid An Nur Sibu, saya telah jemput semua pengganut agama lain untuk hadir ke Masjid dan sambutan amat menggalakkan daripada mereka," katanya.

Tambah Annuar lagi, Majlis tersebut turut dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak dan pengganut agama lain turut berpeluang duduk bersama TYT dalam masjid tersebut.

Dalam temubual bersama media di tapak lumba drag Pemuda PBB Sibu, Annuar turut menasihati agar jangan bermain dengan isu perkauman dan agama kerana isu tersebut tidak akan pernah berakhir dengan baik serta akan membawa kehancuran yang akan memusnahkan negeri dan negara ini.-Sarawakiana
#PRNSARAWAK : Isu Perkauman Dan Agama Tiada Tempat Dalam Politik Sarawak #PRNSARAWAK : Isu Perkauman Dan Agama Tiada Tempat Dalam Politik Sarawak Reviewed by Unknown on April 24, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.