PAKAN: Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N47 Pakan di Pejabat Daerah Pakan di sini yang dibuka sejak jam 8.58 pagi tadi dijangka akan ditutup pada jam 11 pagi.
Kawasan N.47 Pakan setakat ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN, DAP dan BEBAS.
Barisan Nasional (BN) telah menamakan Tan Sri William Mawan Ikom, 66 sebagai calon langsung BN pada kali ini yang dicadang oleh Tuai Rumah Sadau Mgpali dan disokong oleh Empi Daeng.
Parti Tindakan Demokratik (DAP) telah menamakan Rinda Juliza Alexander,31 seorang bekas jururawat di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu Sabah, sebelum bergiat aktif sebagai aktivis parti itu. Pencalonannya dicadang oleh Sendi Atol dan disokong oleh Baran Japar.
Manakala seorang lagi calon Bebas Dr Jawie Jenggot, 54, beliau dicadang oleh Tukang Jarah dan disokong oleh Kanyan Sudok.
Seramai 9,923 pengundi bakal menunaikan tanggungjawab memiliha wakil mereka bagi DUN N47 Pakan pada 7 Mei nanti.
Pada PRN Sarawak ke10 yang berlangsung pada April 2011, DUN N47 Pakan telah dimenangi oleh Tan Sri William Mawan Ikom dari Barisan Nasional, menerusi parti SPDP. - Sarawakiana
#PRNSarawak: N47 Pakan Saksikan Pertembungan Tiga Penjuru
Reviewed by Admin
on
April 25, 2016
Rating:
Reviewed by Admin
on
April 25, 2016
Rating:

No comments: