KUCHING: Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) memeriksa
1,738 vessel di perairan Sarawak dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini,
kata Pengarah Maritim Wilayah Sarawak Laksamana Pertama Maritim Ismaili Bujang
Pit.
Daripada jumlah itu menurutnya, sebanyak 58 kes dikendalikan
membabitkan tangkapan pelbagai kesalahan.
“Sebanyak lima kes melibatkan vessel nelayan asing manakala
15 kes melanggar syarat,” katanya.
Sebanyak 10 kes jelasnya, dikendalikan di bawah Akta Kastam
dan satu kes di bawah Akta Kawalan selain 22 kes (Ordinan Perkapalan Saudagar
1952).
Sehubungan itu, Ismaili berkata, pihaknya sentiasa
mengalu-alukan sebarang maklumat daripada seluruh komuniti maritime untuk
melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke
talian hotline Pusat Operasi Maritim di talian 082-432544. – Sarawakiana.
1,738 vesel di perairan Sarawak diperiksa sehingga pertengahan 2016
Reviewed by Unknown
on
June 21, 2016
Rating:
No comments: