Seo Services

Kawalan Dan Pemeriksaan Berganda Sempena Cuti Aidilfitri - Polis


KUCHING: Polis menyeru orang ramai yang akan mengosongkan kediaman mereka cuti ini supaya mengisi borang makluman kepada pihak polis khasnya kepada orang ramai yang hendak pulang ke kampung halaman sempena cuti sambutan perayaan Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Abang Ahmad Abang Julai, sempena cuti perayaan ini nanti, pihaknya akan mengadakan tumpuan kawalan dan pemeriksaan berganda di kawasan yang terlibat.

“Ini adalah antara persiapan pihak kita selain daripada mengerakkan Ops Selamat dan bukan hanya menjurus kearah kesalahan trafik semata,” katanya ketika sidang media di Bilik Mesyuarat ibu Pejabat Polis Daerah Kuching semalam.

Ops Selamat peringkat negeri Sarawak yang akan dilancarkan pada 29 Jun ini di Kota Samarahan.

Mengulas lanjut, Abang Ahmad juga menyeru supaya para pemandu untuk sentiasa lebih berwaspada dan sentiasa mematuhi peraturan jalan raya.

Berkaitan operasi tersebut, Abang Ahmad berkata, pemandu-pemandu diminta untuk lebih berwaspada dan sentiasa mematuhi peraturan jalan raya ketika musim perayaan ini.

Sementara itu, sehingga 15 Jun lalu, sebanyak 2,248 kemalangan jalan raya telah dicatatkan di sekitar Daerah Kuching telah meningkat 217 kes berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

Jesteru, Abang Ahmad menasihati orang ramai agar sentiasa merancang awal perjalanan mereka serta mempertingkatkan tahap kewaspadan semasa memandu, dan mengelakkan diri memandu ketika dalam keadaan mengantuk.-Sarawakiana
Kawalan Dan Pemeriksaan Berganda Sempena Cuti Aidilfitri - Polis Kawalan Dan Pemeriksaan Berganda Sempena Cuti Aidilfitri - Polis Reviewed by Unknown on June 21, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.