Seo Services

Ops Soga: Tiga Wanita Antara Individu Ditangkap Di Sarawak


KUCHING: Tiga wanita antara individu telah ditahan dalam sebuan yang dijalankan oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Sarawak pada 13 hingga 19 Jun lalu di sekitar Sarawak.

Menurut Ketua JSJ Sarawak SAC Dev Kumar, seramai 15 individu termasuk tiga wanita ditangkap di beberapa daerah antaranya Sibu, Miri, Sarikei, Betong dan Kapit selain disini kerana disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian dalam 12 serbuan yang dijalankan sejak Isnin lalu.

“Kesemua individu ditahan adalah berumur dalam lingkungan 17 hingga 69 tahun dan polis turut merampas wang tunai berjumlah RM4,365 dalam serbuan-serbuan tersebut.

“Tujuh orang ditangkap kerana mengutip ketika sedang mengutip wang pertaruhan untuk kejohanan bola sepak UEFA Euro 2016 yang sedang berlangsung manakala lapan orang lagi ditangkap kerana loteri nombor haram,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.

Turut dirampas, pelbagai barang berkaitan nombor loteri haram dirampas seperti pencetak mudah alih, serta kelengkapan lain berkaitan dengan ‘bookie’ haram, telefon bimbit, kalkulator, slip dan buku pertaruhan.

Kesemua individu ditahan polis untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat dibawah seksyen 6(3) Akta Perjudian 1963.-Sarawakiana
Ops Soga: Tiga Wanita Antara Individu Ditangkap Di Sarawak Ops Soga:  Tiga Wanita Antara Individu Ditangkap Di Sarawak Reviewed by Unknown on June 21, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.