Seo Services

Imigresen Sarawak Harap Kompleks ICQ Serikin Diwujudkan Segera


Kuching : Jabatan Imigresen Sarawak berharap kerajaan dapat mempercepatkan pelaksanaan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ)di Serikin, di sempadan Sarawak-Kalimantan, Indonesia, yang merupakan bandar perdagangan di negeri berkenaan.

Pengarah Imigresen negeri yang baharu, Ken Leben berkata perkara itu sepatutnya diberi keutamaan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 kerana Serikin yang terletak di daerah Bau, menjadi topik hangat pada persidangan Dewan Undangan Negeri ke-18, minggu lepas.

"Kompleks itu dianggarkan menelan kos RM50 juta," katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, di pejabatnya, di sini hari ini.

Sementara itu, Ken berkata pihaknya menahan kira-kira 1,000 pendatang asing tanpa izin, kebanyakannya warga Indonesia, sejak Januari tahun ini.

"Kami akan meningkatkan usaha untuk mengatasi masalah pendatang asing tanpa izin ini dari semasa ke semasa," katanya.

Mengenai pertemuan dengan Adenan, Ken berkata ia adalah untuk mendapatkan nasihat daripada Ketua Menteri itu mengenai perkara-perkara berkaitan imigresen.

Selepas itu, delegasi daripada Bank Rakyat turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Adenan di pejabat beliau.

Delegasi itu, yang diketuai oleh Ketua Pegawai Operasinya, Md Khairuddin Arshad menyerahkan wang zakat berjumlah RM1,963,426.

Cek untuk jumlah zakat berkenaan diterima oleh Adenan bagi pihak kerajaan negeri. - Bernama
Imigresen Sarawak Harap Kompleks ICQ Serikin Diwujudkan Segera Imigresen Sarawak Harap Kompleks ICQ Serikin Diwujudkan Segera Reviewed by Unknown on June 21, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.