Seo Services

Simpanan Shariah KWSP, Pendaftaran Bermula Ogos


KUALA LUMPUR: Alternatif terbaru untuk simpanan persaraan KWSP, Simpanan Shariah KWSP, yang akan dimulakan pada tahun depan dibuka pendaftarannya pada 8 Ogos depan.

"Ahli yang memilih untuk menukar akaun KWSP semasa, yang kini dikenali sebagai Simpanan Konvensional kepada Simpanan Shariah perlu hadir membawa dokumen pengenalan diri ke cawangan KWSP untuk pengesahan cap jari,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Shahril Ridza Ridzuan.


"Simpanan Shariah terbuka kepada semua ahli tanpa mengira bangsa, agama dan kewarganegaraan. Bagi melayakkan diri untuk Simpanan Shariah 2017, ahli hanya perlu mengemukakan permohonan sehingga 23 Disember 2016 dan tertakluk kepada ketersediaan dana RM100 bilion," katanya lagi.

Skim ini adalah skim pertama yang berasaskan siapa cepat dia dapat. Jika ahli KWSP gagal mendapat bahagian pertama, nama mereka akan berada dalam senarai menunggu secara automatik bagi tahun depan.- Sarawakiana
Simpanan Shariah KWSP, Pendaftaran Bermula Ogos Simpanan Shariah KWSP, Pendaftaran Bermula Ogos Reviewed by Azmin on June 21, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.