MIRI: Jenazah Allahyarham Bill Kayong @ Mohammad Asbi Abdullah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Batu 1, Kuala Baram pada Jumaat, 24 Jun ini.
Menurut sumber keluarga Allahyarham, solat Jenazah akan dilakukan di Masjid Al Rayan, selepas selesai solat Jumaat sebelum di bawa ke Tanah Perkuburan Islam Batu 1 untuk urusan pengkebumian.
Allahyarham, 43 yang merupakan Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) cawangan Miri, maut setelah ditembak di persimpangan lampu isyarat Jalan Kuala Baram di sini awal pagi semalam.
Polis masih menyiasat motif kejadian, dan menggesa orang ramai yang menyaksikan kejadian tampil membantu siasatan.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan penubuhan Pasukan Khas bagi menyiasat kes tersebut.
Selain aktif sebagai aktivis rakyat dalam isu Tanah NCR, Bill juga merupakan calon PKR bagi DUN Bekenu pada Pilihan Raya Negeri ke 11 (PRN-11) 7 Mei lalu, namun tewas kepada calon BN, Rosey Yunus dalam pertembungan empat penjuru.- Sarawakiana
Jenazah Bill Kayong Akan Dikebumikan Pada Jumaat
Reviewed by Admin
on
June 22, 2016
Rating:
No comments: