DUNGUN – Seorang individu didapati menyorok sejumlah dadah yang bernilai RM7,050 di dalam uncang yang masukkan di dalam seluarnya semalam.
Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata di dalam uncang itu terdapat 470 biji pil yang disyaki pil kuda yang 200 biji daripadanya diletakkan di dalam satu paket manakala selebihnya dibungkus di dalam tiga paket yang berangkai.
Beliau berkata uncang itu ditemui ketika penganggur berusia 28 tahun tersebut diberkas ketika menunggu pelanggannya di tepi Pantai Kampung Cacar, Paka.
Katanya suspek yang berasal dari Felda Kerteh 5 dipercayai aktif dalam kegiatan pengedaran dadah di sekitar Ketengah Jaya dan Paka.
Beliau berkata suspek didapati mempunyai empat rekod lampau atas kesalahan dadah. – BERNAMA
Penganggur Sorok Uncang Dadah Dalam Seluar
Reviewed by Unknown
on
June 22, 2016
Rating:
No comments: