Bazar Ramadan bazar yang mempamerkan jualan berbagai jenis makanan yang mungkin tidak pernah diketahui atau dilihat. Seperti Bazar Ramadan lain, Bazar Ramadan Sarikei menjanjikan sebuah tempat membeli makanan berbuka puasa yang mempunyai menu yang berlainan yang mungkin sukar didapati di tempat lain.
Pais Hati Ikan Pari menu yang mudah didapati di bahagian tengah Sarawak terutama di Sarikei. Cara penyediaan yang mudah dan berkhasiat kerana ia tidak memerlukan minyak untuk memasak. Hanya daun nipah, lemantak atau sagu mentah, hati pari dan garam.
Ia akan dibungkus dalam daun nipah dan dibakar di atas api yang sedang-sedang. Makanan ini kebiasaannya menjadi kegemaran masyarakat melanau tetapi pada masa kini ia sudah popular di kalangan kaum-kaum lain di Sarawak.
Jika datang ke Sarawak pada bulan ramadan jangan lupa singgah Sarikei dan menikmati menu pais hati ikan pari dan ia memberi pengalaman baru buat anda yang belum pernah merasai menu makanan kaum-kaum di Sarawak.-Sarawakiana
Pais Hati Pari Sagu Sarikei
Reviewed by Unknown
on
June 22, 2016
Rating:
No comments: