SPAOH merupakan pekan kecil yang terletak dibahagian Betong kini dibanjiri ikan buntal pada ketika ini.
Seperti yang kita sedia maklum, kawasan ini amat popular dengan Pesta Ikan Buntal yang diraikan saban tahun kerana terdapat banyak ikan tersebut bila tiba musimnya dan ianya akan ditangkap serta dijual di pasar-pasar di pekan Spaoh dan Pekan Betong.
Bila tibanya musim buntal pada bulan Mac hingga Ogos, penduduk disekitar kawasan Spaoh tidak menang tangan sehinggakan dikatakan 'Main Kaok Ajak' kerana terlalu banyak timbul dipermukaan air.
Difahamkan ia terjadi disebabkan 'Proses Mecah' dengan erti kata lain pemecahan telur ikan tersebut.
Disebabkan itu, Pesta Ikan Buntal telah diwujudkan pertama kalinya pada 6 hingga 7 Ogos tahun 2002 bertempat di Kampung Manggut iaitu salah sebuah kampung di dalam kawasan Spaoh bagi bahagian Betong, Sarawak.
Kampung Manggut dan kampung-kampung di sekitarnya memang terkenal dengan penangkapan dan penjualan Ikan Buntal. Ikan Buntal yang kebanyakannya terdapat di sini ialah daripada spesis Ikan Buntal Kuning atau nama sainstifiknya lagochepalus lunaris.
Justeru itu, pada 18 dan 19 Julai setiap tahun, Pesta Ikan Buntal akan menjadi Acara Tahunan Pelancongan dan telah dimasukkan ke dalam Kalendar Pelancongan Negeri Sarawak.
Pesta Ikan Buntal ini akan menjadi pemacu dari aspek ekonomi, sosial dan politik serta daya tarikan utama pelancongan di Bahagian Betong.-Sarawakku
Spaoh Mula Dibanjiri Ikan Buntal
Reviewed by Unknown
on
June 22, 2016
Rating:
No comments: