MENAKUTKAN. Seorang kanak-kanak perempuan
berusia empat tahun di China berdepan dengan keadaan yang mengerikan apabila
sebatang besi tertusuk dari mulut hingga ke kepalanya.
Kemalangan berkenaan berlaku di Chifeng. Ketika itu kanak-kanak terbabit
sedang bermain dengan besi berkenaan apabila tiba-tiba dia terjatuh hingga
mengakibatkan besi itu tertusuk ke mulut, menembusi ke tengkoraknya.
Dia dikejarkan ke hospital di Chifeng namun
disebabkan hospital terbabit tidak
mempunyai kepakaran yang diperlukan bagi pembedahan, maka kanak-kanak tersebut
terpaksa dibawa ke Beijing.
Kanak-Kanak Perempuan Tertusuk Besi Dimulut
Reviewed by Unknown
on
June 21, 2016
Rating:
No comments: