MIRI: Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) cawangan Miri, Bill Kayong maut setelah ditembak di persimpangan lampu isyarat Jalan Kuala Baram di sini pagi ini.
Mangsa, 43 yang merupakan calon PKR bagi DUN Bekenu pada Pilihan Raya Negeri ke 11 (PRN-11) 7 Mei lalu mati serta merta dalam kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux yang dinaikinya.
Sumber melaporkan mangsa dipercayai terkena tembakan di leher dari jarak dekat menerusi cermin pintu sebelah pemandu ketika menunggu lampu isyarat berhampiran Supermarket Emart di Jalan Kuala Baram di sini.
Pada PRN-11, Bill bertanding atas tiket PKR bagi DUN Bekenu namun tewas kepada calon BN dalam pertembungan empat penjuru. - Sarawakiana
Bill Kayong Maut Ditembak Dari Jarak Dekat
Reviewed by Admin
on
June 21, 2016
Rating:
salah perkiraan donator2 politik ni. dah dia kalah, padamkan nyawa dia aja lah
ReplyDelete