Seo Services

Mangsa Banjir Kuala Krai Dapat Rumah Baru




KELANTAN : 31 mangsa banjir 2014 Kuala Krai mendapat rumah baru hasil inisiatif Kerajaan Pusat bagi membantu mangsa banjir memiliki rumah yang selesa.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib berkata bahawa dalam lawatan ke Kuala Krai, beliau dapat melaksanakan majlis penyerahan anak kunci kepada 31 mangsa banjir yang akan mendiami rumah yang bernilai RM65,000 setiap buah rumah.

Menurut mangsa banjir Kuala Krai Zulkifli bin Ibrahim, ini adalah rezeki ramadan dan rezeki yang tidak disangka-sangka.

" Dulu tidak mengharap sangat," katanya.

" PM telah menjalankan tugas dengan baik walaupun Kelantan di bawah pembangkang. Baguslah PM sekarang yang tidak menganak tirikan rakyat Negeri Kelantan," jelasnya.

Seorang lagi mangsa banjir Surhaini bte Mohamed berasa bersyukur anak-anak boleh menumpang berteduh kerana usaha Perdana Menteri.

" Saya rasa terharu dan terkilan berbaloi apa yang Perdana Menteri buat pada rakyat," katanya.

" Saya tak boleh nak kata apa-apa kerana terlalu gembira," ujarnya.

Pada masa sama Najib turut melawat projek pembinaan hospital Kuala Kerai antara hospital yang terbesar di Malaysia.

" Projek tersebut bernilai melebihi RM300 juta dan memiliki 268 buah katil," katanya.

" Dengan projek ini apabila siap nanti penduduk tidak payah pergi ke Hospital Kota Baharu untuk mendapat rawatan dari pakar kerana hospital ini akan mempunyai 200 orang pakar perubatan," jelasnya.-Sarawakiana
Mangsa Banjir Kuala Krai Dapat Rumah Baru Mangsa Banjir Kuala Krai Dapat Rumah Baru Reviewed by Unknown on June 20, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.