SEORANG bayi terselamat daripada maut meskipun mengalami detik cemas apabila tersepit pada rim tayar belakang sebuah motosikal dalam kejadian di India.
Menurut sebuah portal negara itu, difahamkan, sebelum kemalangan itu berlaku, bayi berkenaan membonceng motosikal bersama ibunya sebelum dilihat tersepit.
Malangnya, dalam kemalangan yang melibatkan dua beranak itu, si ibu mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
Menerusi video pendek berdurasi 1 minit 53 saat itu, jelas kelihatan kepala bayi tersebut tersangkut pada roda belakang motosikal berkenaan.
Manakala beberapa anggota badan yang lain seperti tangan dan kaki dilihat terkulai di celah-celah rim motosikal tersebut. - MYNEWSHUB.CC
Ngeri, Bayi Tersepit Di Celah Rim Tayar Motosikal
Reviewed by Unknown
on
June 22, 2016
Rating:
No comments: