Seo Services

Peru putuskan hubungan dengan AS jika Trump menang

LIMA: Presiden Peru, Pedro Pablo Kuczynski dalam nada berjenaka berkata kerajaan akan memutuskan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) jika calon Republikan Donald Trump menang pilihan raya presiden AS November ini.

Kuczynski, 77, bekas pegawai pelaburan bank yang memenangi pertandingan sengit pilihan raya negara Andean awal bulan ini, berkata beliau ada menyebut kebimbangannya terhadap Trump kepada presiden AS, Barack Obama ketika menerima panggilan ucapan tahniah.

Ditanya wartawan apa akan berlaku kepada hubungan dengan Amerika Syarikat jika Trump menang, Kuczynski sambil ketawa berkata "kita akan ambil gergaji dan potong mereka!

" Calon jangkaan Republikan yang dalam perlumbaan untuk mengambil alih tempat Obama, Trump mencetuskan kritikan di seluruh Amerika Latin susulan retorik anti-pendatang, terutamanya di Mexico di mana Presiden Enrique Pena Nieto membandingkan kempennya kepada kebangkitan Adolf Hitler.

Trump adalah satu ancaman kepada rantau ini "kerana beliau mahu meletakkan tembok di antara Amerika Syarikat dan Amerika Latin dan mahu Mexico membayarnya!" kata Kuczynski merujuk cadangan Trump menyekat kemasukan pendatang tanpa izin dan dadah di selatan sempadan Amerika Syarikat.

Peru adalah pembekal terkemuka dunia bagi tembaga dan emas juga pengeluar terkemuka kokain dunia sama seperti negara jiran Colombia.

Peru dan Amerika Syarikat melaksanakan perjanjian perdagangan bebas pada 2009 dan masing-masing menandatangani perjanjian perdagangan Perkongsian Trans-Pasifik 12 negara yang dikritik Trump. - Reuters

Peru putuskan hubungan dengan AS jika Trump menang Peru putuskan hubungan dengan AS jika Trump menang Reviewed by Admin on June 22, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.