Seo Services

Cuti Peristiwa Hari Raya Terpakai Bagi Institusi, Pejabat Pendidikan Negeri - KPM


KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan hari ini memaklumkan, cuti peristiwa Hari Raya Aidilfitri yang diumumkan kerajaan negeri turut dianggap sebagai cuti bagi semua institusi dan pejabat pendidikan di negeri berkenaan.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, kementerian itu juga memberitahu bahawa cuti tersebut tidak perlu diganti.

"Sehubungan itu, peruntukan kemudahan cuti ini terpakai bagi pengisytiharan cuti peristiwa Hari Raya Aidilfitri 10 Julai 2016 yang telah diumumkan sehingga kini oleh Kerajaan Negeri Johor, Terengganu dan Kedah," kata kenyataan itu.

Selain itu, peruntukan kemudahan cuti peristiwa itu juga terpakai bagi semua institusi dan pejabat pendidikan Negeri Kelantan sekiranya ada pengisytiharan oleh kerajaan negeri itu selepas ini. - AWANI
Cuti Peristiwa Hari Raya Terpakai Bagi Institusi, Pejabat Pendidikan Negeri - KPM Cuti Peristiwa Hari Raya Terpakai Bagi Institusi, Pejabat Pendidikan Negeri - KPM Reviewed by uMieySurianie on July 04, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.