MIAMI: Juno, sebuah kapal angkasa tanpa pemandu milik Agensi Aeronautik dan Pentadbiran Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA), kini bergerak ke arah planet Musytari dalam misi bernilai AS$1.1 bilion (RM4.39 bilion) untuk mengelilingi planet terbesar dalam sistem suria itu serta menjelaskan asal usulnya.
Pada hari ini dan esok, kenderaan berkuasa suria itu, bersaiz sebesar gelanggang bola keranjang profesional, akan terbenam ke dalam atmosfera beracun Musytari untuk memulakan pengorbitan dalam tempoh hampir dua tahun.
Musytari adalah planet kelima dari matahari. Atmosferanya terdiri daripada hidrogen dan helium serta padat dengan terlalu banyak radiasi sehingga lebih 1,000 kali ganda paras membawa maut kepada manusia.
Planet gergasi dipenuhi gas itu juga diselubungi medan magnetik paling kuat dalam sistem suria.
"Musytari umpama planet yang bergantung kepada steroid. Segala-gala mengenainya amat ekstrim," kata penyiasat utama Juno, Scott Bolton, dari Institut Penyelidikan Barat Daya di San Antonio, Texas.
Musytari kemungkinan terkenal kerana 'Great Red Spot', yang sebenarnya ribut gergasi, lebih besar berbanding Bumi yang bergelora selama beratus tahun.
Planet itu jelas ditandakan dengan awan sejuk, berangin terdiri daripada ammonia dan air yang kelihatan sebagai pusaran berwarna merah, coklat dan kuning air.
Walaupun kapal angkasa itu secara keseluruhannya robotik dan pengawal di Bumi tidak boleh berbuat apa-apa pada peringkat ini, Bolton mengakui minggu ini agak gementar mengenai kemasukannya ke dalam orbit, lima tahun selepas ia dilancarkan dari Cape Canaveral, Florida. -AFP
Kapal angkasa NASA bergerak ke planet Musytari
Reviewed by Unknown
on
July 04, 2016
Rating:
No comments: